Followers

Saturday, March 23, 2013

BAB 3 : SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA : FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA


SEKULARISME

Sekularisme berasal daripada perkataan latin “saeculum yang bermaksud masa dan tempat. Merujuk kepada masa dalam istilah “saeculum” ialah masa sewaktu kita menjalani kehidupan. Manakala dari segi tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata. Secara amnya, sekularisme memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pemerintah  dalam sesebuah negara.  Dengan kata lain, perjuangan utama sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan yang dipisahkan daripada hal-hal keagamaan seperti politik, ekonomi, sosial, pentadbiran dan undang-undang. Oleh itu, kehidupan secara sekular mesti berfokuskan kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia dan tiada kaitan dengan hari akhirat atau pembalasan.

Menurut St Edmund, sekular hanyalah bermatlamat untuk melahirkan kehidupan yang tidak beragama, bukan agama atau tidak kudus. Oleh itu, meurut beliau lagi, sekularisme satu aliran pemahaman yang memisahkan secara mutlak antara agama dan dunia. Manakala dari segi falsafah, sekular sebuah fahaman yang menyeru agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan dunia. Dalam sekularisme terdapat 2 elemen fahaman hasil perincian daripada istilah sekularisme, iaitu athetisme dan humanisme. Dalam cabang aliran sekularisme ini, mereka memberi pengertian sekularisme adalah satu fahaman pengaruh organisasi agama harus dikurangkan sejauh yang mungkin dengan kata lain, sekular tidak berhubungan dengan agama dan kerohanian.

Pendokong sekularisme menganggap manusia sekular terbaik ialah individu atau masyarakat yang berada jauh daripada petunjuk dan anutan agama serta menghayati prinsip moral sekular. Selain itu terdapat ramai tokoh-tokoh falsafah yang mendefinisikan sekularisme. Contohnya George Jacob Holyoake, menegaskan bahawa sekularisme melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan hidup dan tidak ada kaitan atau terlibat dengan perkara metafizik dan spiritual selain sebagai satu gerakan metarialistis dan rasional kerana beliau seorang yang tidak percaya kepada tuhan.  Bagi Nicollo Machiavelli, beliau memberi pentakrifan sekularisme sebagai pemisah antara urusan politik daripada ajaran agama, beliau juga bertanggungjawab menghapuskan ideologi Kristian dengan mengutamakan kuasa politik yang sebenar dan disokong oleh Thomas Hobbes yang berpendirian, kehidupan manusia adalah usaha yang berterusan untuk mencari kekuasaan. Pada akhirnya, akibat pemisahan antara politik pemerintahan dengan urusan agama maka wujudnya sebuah negara berdaulat yang dikenali sebagai negara sekular.

NEGARA SEKULAR.

Dalam konteks negara sekular pula, bukan hanya dalam bentuk peribadi dan masyarakat y berperwatakan ciri-ciri sekular tetapi tokoh-tokoh sekularisme juga berusaha wujudkan sebuah negara sekular. Sekular ditakrifkan kepercayaan mendalam terhadap pengasingan gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar disekolah. Dalam konteks dasarnya pula, sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara. Dalam istilah politik pula, sekularisme adalah gerakan pemisah antara agama dan kerajaan yang pada fasa permulaan hanya untuk memisahkan kuasa negara dengan ajaran kristian tetapi berpanjangan mengancam seluruh agama termasuk Islam. Dalam usaha mengurangkan pengaruh agama dalam kerajaan golongan sekularisme telah mengambil pelbagai langkah antaranya, menggantikan undang-undang berdasarkan kitab suci agama dengan undang-undang sivil serta menghapuskan diskriminasi berasaskan agama. Selain itu, hukum-hukum yang diputuskan oleh golongan ini berpandukan kepada pertimbangan rasional moral yang berasaskan logik akal , idealogi ini juga diketengahkan kepada masyaakat yang kurang pendidikan agama. George Holyoake telah menggariskan 3 prinsip  untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian antaranya

1.      Memperbaiki kehidupan dengan kebendaan.
2.      Sais itu panduan hidup bagi manusia.
3.      Apa yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

Selain itu, pelbagai kaedah diketengahkan untuk menyokong idealogi sekularisme seperti berkeyakinan bahawa sekularisme merupakan satu gerakan ke arah modenisasi justeru agama tidak dibuang secara terang-terangan tetapi secara halus. Seperti menggalakan individu melakukan perkara-perkara leka dan dosa. Dalam fahaman sekularisme seumpama ini, pada pandangan sosial dan falsafah masih mengekalkan  agama sebagai  satu pegangan hidup dan kepercayaan rasmi agama. Oleh itu orang politik bertindak sebagai aktor penting membela dan menjaga kedaulatan agama berbanding golongan ulama.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME

1.      Penentangan dan Pengasingan Kuasa Gereja.
-          Gerakan golongan Protesten yang menentang Katolik untuk menghapuskan dasar penguasaan  dan kawalan ke atas cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.
-          Ideologi sekularisme muncul selepas perbalahan Pro kerajaan dengan para paderi gereja.
-          Akhir perbalahan muncul semangat rakyat pisahkan antara urusan agama dengan dunia.

2.      Kemunculan Teori Charles Darwin
-          Doktrin dasar Darwinisme menyatakan makhluk hidup secara spontan akibat peristiwa kebetulan.

PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME

1.      Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia.
2.       Kebebasan diri daripada kepercayaan  dan penghayatan kebenaran sekular diperlukan untuk menegakkan keharmonian dalam masyarakat.
3.      Secara total tidak ada kaitan dengan ajaran agama.
4.      Mengutarakan prinsip moral yang liberal bagi membolehkan manusia mencapai matlamat sendiri.



KAEDAH PENYEBARAN FAHAMAN SEKULARISME
1.      Penyebaran melalui pendidikan
-          Menghantar pelajar ke negara luar untuk melanjutkan pengajian.
-          Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan.
-          Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara-negara Islam.
-          Pergaulan bebas.



2.      Penyebaran melalui media massa.
-          Program-program di TV, majalah dan media massa yang lain tidak membawa perkembangan ilmu dan pengamalan malah mendorong kejatuhan akhlak. Contohnya penyebaran fitnah dan maksiat.

3.      Penyebaran melalui undang-undang.
-          Sekular akan cuba sedaya upaya menjauhkan Islam dari kekuasaan pemerintah melalui kaedah memastikan undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam masalah yang sangat kecil sehingga Islam hanya wujud pada namanya sahaja.
-          Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatukan kerana kedua-duanya berbeza.
-          Fahaman ini berjaya menembusi pemikiran sebahagian besar umat dunia termasuk orang Islam. Contohnya 2 negara besar islam iaitu Turki dan Mesir.

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)

1.      Dalam usaha mengcapai cita-cita manusia menggunakan akal.
2.      Jika manusia menggunakan akal secara bijaksana akan membentuk nilai-nilai baik dan sebaliknya.
3.      Antara kelemahan manusia ialah bercita-cita terlalu tinggi dan tidak realistik.
4.      Dalam keghairahan terhadap pembangunan secara sedar atau tidak, manusia telah , sedang dan akan menghadapi 2 pilihan iaitu sama ada terus mempertahankan status sebagau manusia atau merendahkan  status kemanusia kepada hamba pembangunan.

LIBERALISME

-          Merupakan satu falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Selain itu, mereka menekankan hak kesamarataan  dan hak-hak peribadi. Liberalisme juga mempunyai sifat seseorang individu mempunyai kebebasan tanpa sekatan atau sekatan minimum dalam konteks politik, ekonomi dan sosial. Dari sudut politik, seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Menurut golongan liberalisme, nilai moral seseorang sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan ajaran agama.

MODENISME

-          Modenisme merupakan proses transformasi atau perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan ujikaji praktkal.
-          Tahap pertama – manusia yakin dengan akal rasional. Tahap kedua- bermula dengan revolusi Perancis, menyebabkan kekacauan, hingga berlaku kekacauan dan kelenturan ikatan sosial dan tahap ketiga – akibat proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga berlakunya masalah keamanan sejagat.

HUMANISME

-          menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusa iaitu Tuhan Yang Maha Agong.

SIFAT FAHAMAN HUMANISME

a)      Percampuran bebas
i)                    percampuran bebas antara lelaki dan wanita tanpa sekatan dan digalakkan  atas tidak ada bezanya antara lelaki dan wanita.
ii)                  Humanisme berusaha hapuskan halangan tabii antara lelaki dan perempuan seperti merasa malu (haya’)

b)     Penggunaan istilah yang mengelirukan
i)                    istilah unisex dipopularkan bagi kedai gunting
ii)                  pelakon dberi gelaran bintang
iii)                istilah gay untuk kumpulan homoseks
iv)                Istilah chairman biasanya digunakan untuk mereka

c)      Penukaran peranan antara lelaki dan wanita
i)                    penukaran peranan untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan Iluminati mengutarakan idea  bahawa wnaita berharga adalah yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumah
ii)                  juga menganggap wanita sebagai ibu tidak memberi nilai apa-apa kepada masyarakat kerana tidak bergaji.
iii)                Berdasarkan teori Darwin, perkahwinan adalah satu jenis perhambaan kepada wanita dan mereka juga memperkecilakn peranan ibu bapa sebagai pendidik generasi yang sihat dan berakhlak.
iv)                Agenda Iluminati untuk mengurangkan penduduk dunia dengan alasan takut tidak cukup ruang dan makanan bagi semua penduduk dunia. Namun bagi Islam, yang menyebabkan krisis ekonomi disebabkan sistem pengagihan, politik dan kewangan antarabangsa yang diseleweng dan dikongkong.

d)     Gerakan pembebasan wanita.
i)                    Gerakan ini lahir di Amerika dan Eropah dan kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi dan berfahaman sosialisme.
ii)                  Terdapat perjuangan yang betul tetapi akhirnya menuju kepada kesalahan  yang sangat berbahaya.
iii)                Kebanyakkan gerakan pembebasan bertujuan untuk membebaskan diri daripada peraturan nilai agama.

e)      Kaunseling kelompok
i)                    Bagi menghapuskan perasaan malu mereka mengadakan kaunseling berkelompok.
ii)                  Tujuan utama mereka adalah untuk mengubah pemikiran nilai mereka supaya nilai mereka disama ratakan atau diregularkan mengikut kehendak majoriti.

f)       Pendidikan seks
i)                    Pendidikan seks dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan panduan-panduan pendidikan moral.
ii)                  Menurut nilai-nilai ‘pluralistik’ mereka menganggap bahawa seks luar nikah tidak dibolehkan kerana kita perlu menghormati semua panduan.
iii)                Pendidikan seks boleh disalah gunakan khasnya jika organisasi yang menganjurkan tidak mengiktiraf adanya Tuhan Yang Maha Esa, adanya Rasul dan hari kiamat.
iv)                Ideologi sekularisme akhirnya menjadikan pendidikan seks menuju kepada konsep menghormati semua pendirian  berkenaan seks.
v)                  Dalam Islam, terkandung dalam kitab Fiqah, di bab pertama membahaskan tajuk Taharah berkaitan kesucian air  dan perkahwinan yang merangkumi pendidikan seks berpaksikan Tauhid.
vi)                Dalam bab perkahwinan, ia membahaskan berkenaan batas-batas percampuran antara lelaki dan wanita  Ini merupakan modal pendidikan seks yang terselamat dari sebarang penyelewengan.