Followers

Tuesday, January 24, 2012

KUASA BUNGA UNTUK PENYEMBUH MOOD

Orang jadi merajuk barangkali nakkan benda dan benda itu tidak diperolehinya. Jadi cara mengatasi masalah ini ialah berilah benda. Kalau dia nak hadiah berikan hadiah, kalau dia nakkan gelang berikan gelang dan kalau dia nak kereta berikan kereta, bagi yang mampulah. Kalau tak mampu ada beberapa cara nak membasmi merajuk tanpa perlu memberi hadiah yang mahal-mahal.

Nak tahu apa dia? Kalau dia perempuan berikan bunga. Sejambak atau sekuntum. Tengok jenis merajuknya. Kalau berat merajuknya berilah sejambak, kalau sikit-sikit bagi sekuntum pun sudah memadai. Dan pastikan bunga itu berbau wangi. Jangan beri bunga yang busuk atau tak berbau langsung. Kalau tak berbau langsung curahkan minyak wangi. Biar ia semerbak.

Apa sebab bunga? sebab bunga mempunyai tenaga. Orang panas baran, turunkan panas barannya itu dengan mewangikan persekitaran. Macam tu jugaklah nak mengatasi orang merajuk, berikan bunga, sebab hakikat bunga mengharmonikan, dia ada tenaga mengharmonikan persekitaran. Macam orang mandi bunga juga, nak harmonikan badan, nak neutralkan arus-arus negatif dalam badan. Itulah kuasa bunga. Kalau kebetulan bunga yang kita berikan itu memang diminati oleh penerima, tiada yang mustahil untuk mengembalikan moodnya.


Tak percaya? kalau tak percaya boleh cuba. Cuba dulu baru tahu. Tapi awas, pesanan ikhlas, jangan bagi bunga plastik atau bunga kertas. Itu semakin menimbulkan kemarahan.

Walau bagaimanapun, sesetengah suami memang tak faham psikologi. Isteri dah merajuk setengah hari, dia buat dek saja. Buat tak reti. Sampai hati abang. Tak baik buat macam tu bang. Bukan senang nak buat muka merajuk. Muka terpaksa dimasamkan. Bukan mudah nak memasamkan muka setiap masa sebab urat-urat muka menjadi tegang, muka menjadi merah, darah pula naik ke muka. Bukankah seksa sekali tu. Pujuklah. Orang merajuk memang minta dipujuk.

Eh, itu cerita orang perempuan kalau lelaki merajuk, kalau lelaki merajuk. Hah, orang lelaki kalau boleh tak usah merajuklah. Buruk. Seburuk-buruk lelaki ialah tatkala dia sedang merajuk. Jangan marah, tapi kalau tak percaya tengah merajuk tengoklah muka di cermin. Ya ALLAH buruknya. Betul tak kak, abang kalau tengah merajuk teruk betul muka dia, kan?

Tapi kalau adalah juga orang lelaki yang tak kisah dengan wajahnya yang buruk itu dan nak merajuk juga, apa boleh buat? Senang saja kak, buat tak peduli kat dia. Tak usah dipujuk, Paling tidak 3 jam. Jangan gatal-gatal beri bunga. Bunga hanya sesuai untuk wanita dan sesetengah lelaki yang bersifat kewanitaan. Faham golongan mana yang saya maksudkan ni?

Akhir sekali buat renungan tentang isu ini, perhati mutiara yang berbunyi, "lebih senang menangkap lalat dengan manisan daripada dengan cuka." Lebih kurang lebih mudah memujuk orang perempuan merajuk dengan bunga daripada dengan hadiah-hadiah lain dan lebih mudah memujuk orang lelaki dengan buar dek daripada merayu dayu.

No comments:

Post a Comment