Followers

Monday, September 5, 2011

"Tudung Penutup Diri, Malu Pelindung Hati"

Suatu petang di sebuah restoren menjual ikan celup tepung berhampiran Pantai Teluk Ketapang, K.Terengganu. Aku gemar ke sini tiap kali cuti semester. Menikmati juadah "seafood' bercelup tepung dan air nyiur sambil melihat kebiruan air laut. Sungguh berselera petang itu ditambah suasana y sungguh mendamaikan. tiba-tiba sebuah motorsikal dipandu oleh seorang lelaki remaja Melayu dibonceng seorang remaja wanita (juga Melayu) berhenti betul2 di hadapan aku. Kedua2nya lengkap beruniform sekolah dgn si wanita bertudung.

secara tiba-tiba pemandangan aku tercemar dan seolah2 xpercaya bila melihat si gadis menghisap rokok. Dengan tudung putihnya, dia xsegan-silu menghisap dan menghembuskan asap rokok berulangkali. sambil bergurau dan bertepuk tampar dengan teman lelakinya (kedua2nya aku kira dalam lingkungan form 4 atau form 5). Mereka langsung xmenghiraukan pandangan pak cik-pak cik yang sedang makan di restoren itu. Bertudung, merokok,bergaul bebas suatu pandangan y mungkin biasa pada masa kini, tapi sangat luar biasa 30-40 tahun lalu (menurut ayah & mak aku)






(Ini menurut ayah aku) :: tidak seperti awal-awal dahulu sekitar akhir tahun 1960-an dan di awal 70-an. Wanita pada masa itu begitu menjaga penampilannya sehinggakan bertudung disinonimkan dengan dakwah. Bertudung dikaitkan dengan dakwah maka terciptalah istilah "TUDUNG DAKWAH". Walaupun secara hakikatnya tudung dan dakwah 2 perkara y berbeza. Tetapi kebenarannuya tetap ada kerana wanita bertudung pada ketika itu kebanyakkannya menyertai aktiviti2 dakwah sama ada secara persendirian mahupun secara berjemaah.


Jika aku bandingkan apa y diceritakan ayah aku dengan kini sayang sekali tudung sudah tercemar. Bukan sahaja tudung xdikaitkan dgn dakwah, malah tudung dikaitkan dgn perbuatan-perbuatan negatif seperti bergaul bebas,merokok,berzina,minum arak dan bermacam-macam lagi perkara negatif. Nak dikatakan fitnah  , realitinya jelas terpampang di hadapan mata.

Apa y dapat dilihat, sudah bertudung (bagus) tapi belum menutup aurat. maaf cakap (dgn T-shirt sendat, jeans ketat), Apalagi nak berdakwah, malah yang menyedihkan sekarang ini, wanita bertudung kini sebaliknya y didakwahkan. Malah wanita y bertudung kekadang (bukan semua) lebih buruk drpd wanita y xbertudung. Bukan aku nak mengada-ngadakan cerita tetapi aksi cerekarama mereka jelas di depan mata aku ini, Itu belum dalam youtube,dalam media y sudah dirakam dan disebarkan dlm media cetak dan elektronik. Hinggakan akibat perbuatan itu, ada orang mencemuh. " Kalau macam tu lebih baik xpayah pakai tudung. Tidak hipokrit !" Anda perlu kaitkan CINTA, TUDUNG DAN IMAN dan bukannya CINTA,TUDUNG DAN NAFSU.



"Tudung Penutup Diri, Malu Pelindung Hati"

No comments:

Post a Comment