Followers

Wednesday, September 7, 2011

ARMADA YANG HILANG " BeLaJaR SeJaRaH UnTuK AmBiL IkTIbAr"

Ara Khan selamat dan kembali ke Monggol lalu menghadap Kublai Khan. Seluruih armadanya musnah ditelan lautan.,Kublai Khan hanya mampu melihat tanpa berkata apa. Itu kekalahan Monggol yang pertama dan sangat memalukan dan kekalahan ini rupa-rupanya petanda pada kekalahan Monggol yang seterus dan seterusnya. Beberapa tahun kemudian kerajaan besar Monggol jatuh menyembah bumi buat selamanya.


Apa yang boleh kita belajar? Kemahuan kadang-kadang perlu diukur dgn keupayaan. Memamng tak salah bernafsu besar tapi kena tengok juga kemampuan. Dalam Islam pun disuruh hanya orang yang benar-benar mampu boleh berkahwin lebih kalau tak boleh hukumnya jadi haram.

Samalah juga orang Monggol. Sebenarnya mampu berperang di atas darat tetapi tak begitu hebat di laut. Hebat kat sini, kat sana belum tentu hebat juga. Kena faham keupayaan jangan main terjah je.

Ahli sejarah berpendapat, sepatutnya Kublai khan tak menyerang Jepun sebab dia sudah tahu kehebatan orang Monggol menunggang kuda dan bukannya menunggang kapal perang. Kalau nak menunggang kapal pun perlulah ambil masa untuk mahir. Dalam masa setahun masih tak mampu untuk menjadi mahir.

Ahli sejarah juga mengatakan sifat tamak Kublai Khan mengakibatkan kemusnahan kerajaannya. Kekalahan itu satu tamparan hebat armada Monggol dan motivasi mereka menurun secara tiba-tiba kalah di medan pertempuran. Musuh yang mengalahkan mereka tidaklah sehebat sangat hanya setakat samurai Jepun. Orang tak akan ceritakan ribut yang menyebabkan armada itu tewas tetapi orang tetap mengatakan  tentera Monggol tewas oleh samurai Jepun.


Ahli sejarah kemudiannya buat penyelidikan untuk mencari sebab lain kenapa Ara Khan boleh tewas. Armada dengan 140 ribu askardan 4400 kapal perang amat besar. Seluruh Jepun boleh itewaskan sebagaimana seluruh China, Russia dan Parsi tewas dengan mudah.

inilah yang sangat mengesankan kita. "Belajar sejarah untuk ambil iktibar dan motivasi diri". Tergesa-gesa dalam berbuat sesuatu selalunya punca malang. Buktinya kajian ahli arkeologi marin merumuskan, kapal Monggol tenggelam dengan mudahnya apabila dipukul ribut sebab kapal mereka gunakan bukanlah kukuh dan dibuat tergesa-gesa serta konspirasi. Ingat tak kapal-kapal tu dibuat oleh orang Cina. Mereka main cincai je. Maka rekabentuknya salah untuk sebuah kapal perang merempuh lautan bergelora. Pasal tu kena ribut sikit terus tenggelam.

Dan satu lagi, demi mencukupkan kuota kapal sebanyak 4400 buah, askar Monggol telah merampas apa-apa kapal yang ada di negara China untuk dijadikan kapal perang. Kebanyakkannya kapal nelayan dan milik orang kampung. Bukan untuk menempuh lautan bergelora setakat tepi pantai dan sungai.maka tak hairanlah bila kena lambung dek ombak sikit terus tenggelam.

Itulah jangan ghairah sangat bercita-cita besar. Bukannya tak boleh tapi biar munasabah. Jangan cita-cita besar menyebabkan kita hilang kepintaran dan timbul kebodohan.

No comments:

Post a Comment