Followers

Thursday, August 11, 2011

Belajarlah Menulis Di Atas Pasir ~~* ke-MAAF-an DENDAM yg terINDAH *


Dah sebulan lebih rasanya aku xupdate blog. Maklumlah "busy" je memanjang cuti semester ni. Kali ini aku sertakan dengan sebuah cerita pada 12 Ramadhan 1432H.

Dua org sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir, A dan B. Di tengah2 prjalanan, tiba2 sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sgt sakit hati tetapi tidak bertindakbalas.

Tanpa berkata apa2, B menulis di atas pasir : "Hari ini, sahabat baikku telah menampar mukaku". Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yg masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing2, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : "Hari ini,  sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku".

A bertanya : "Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu?". Sambil tersenyum, B berkata : "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu".

Moral cerita: Dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza2. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. BELAJARLAH MENULIS DI ATAS PASIR. 

~~* sangat sakit dikhianati sahabat sendiri.. saya prnah merasainya dan sedang merasainya.. anda? cuba untuk memusuhi.. tp tetap teringat kebaikan yg prnah diberikan.. KEMAAFAN adalah DENDAM YANG TERINDAH..

                                
                      ***GAMBAR INI ADALAH LAKONAN SEMATA-MATA***


                                                           -ILA FADZILA-