Followers

Saturday, July 2, 2011

BERSABARLAH WAHAI HATI

Bersabarlah wahai hati tatkala dirimu diuji dengan pelbagai pancarona duniawi. Adakalanya hidup kita terjulang di puncak adakalanya hidup kita terdampar dan tercampak ke lembah yang berduri adakalanya kita terperosok jatuh ke lantaian kayu yang reput. Hanya satu sahaja yang dapat kita ungkapkan untuk memujuk hati selain mengungkapkan "Ini dugaan daripada Allah SWT, bersabarlah wahai hati"



Kenapa kita perlu memujuk hati?

Kita perlu bertanya kembali bertanya pada hati kerana di saat akal dan fikiran menjadi buntu tanpa sebarang konklusi. Pada masa inilah kita perlu yakini pada hati sebagi peneraju dengan memujuk hati menerima segala suratan takdir. Walaupun kita bukannya seorang Muhammad yang telah dicucikan hatinya oleh malaikat semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Walapun hati kita ini tidak bebas daripada bintik-bintik hitam dosa namun kita harus sedari itulah pancaindera tambahan kita yang masih kita miliki. Perasankah kita, jika ditimpa sesuatu permasalahan kita pasti bermonolog dengan diri sendiri. Ibarat muncul satu kemelut atau pentas khayalan kita dalam dunia kita sendiri dan akhirnya di akhir pentas lakonan akan dapat satu kesimpulan bagi mereka yang teguh semangat mereka dan akan berkata :-

" Ya, sudah lama aku mencari dalam hati", Kemudian hati berbisik, "sabar..jadikanlah sabar itu sebagai amalan kerana sabar itu separuh daripada iman". "Ya mungkin aku perlu bersabar, bersabar dengan hukum duniawi dalam putaran roda kehidupan, mungkin aku bukan yang tertinggi dalam putaran roda itu namun aku juga bukan yang terbawah dan pastinya bukan yang terakhir. Aku masih beruntung".


Kemudian hati kembali bertanya :-
Bagaimana agaknya nak memupuk jiwa yang bersabar? Jawapannya, kesabaran yang tinggi.


Cuba kita renungi :-
Bagaimana agaknya untuk mengikuti teladan Rasul Allah yang mulia yang selalu diejek,dicaci, dilempar pelbagai objek, dihina namun masih lagi tersenyum. Masih tegar semangat Baginda menyebarkan dakwah Islamiah.




Allah sentiasa bersama-sama dengan org yang bersabar, memang kadang kala diri ini terasa sedih dan kecewa bila hajat tak tercapai hingga kita tertanya-tanya, “kenapa semuanya bertentangan dgn kehendak?” Ya, setelah semua keringat dicurahkan akhirnya aku hanya dikecewakan, namun, kita harus sedar itulah yg dinamakan ujian kehidupan, ujian yg menyukat dan megukur takat dalamnya IMAN.

P/S : Iman adalah mutiara. Sabar adalah sebahagian daripada iman.

No comments:

Post a Comment