Followers

Tuesday, June 14, 2011

SERAPUH CINTA LELAKI

Assalamulaikum wbt.

Rasanya tidak adil entry yang lepas aku hanya tujukan khas kepada wanita. So, entry kali ini aku akan tujukan pula kepada sang lelaki.

Pernahkah anda lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita dan kemudiannya dia hanya menumpukan sepenuh hati dan ikhlas perasaannya dengan memelihara dan memupuk rasa cinta saban hari?

Memang dalam realiti dunia sekarang ini sukar mencari lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita. Jika adapun setelah dia merasakan cintanya telah berbalas, perasaanya mula terbelah pula pada wanita lain.

Namun anda perlu ingat, lelaki masih seorang manusia walaupun hatinya sekeras batu ianya secara tiba-tiba boleh lembut laksana kapas ketika dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah sang wanita yang terpateri di hatinya. Apabila sang lelaki telah benar-benar jatuh cinta dan akan menumpukan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang dicintainya itu malahan dia sanggup berkorban apa sahaja asalkan pilihannya itu tidak menghalang.


Realitinya lelaki jujur pada cinta pertama dan mula rasa bosan dengan permainan perasaan cinta-cintan kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cerita cinta palsu sang hawa adalah insan yang paling jujur dalam bercinta tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta..

Lelaki insan yang pelik, tidak dinafikan memiliki keperkasaan tapi tembok keperkasaannya mula runtuh apabila bersemuka dengan cinta dan tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-rayu apabila cintanya didustai.

Begitulah lelaki tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sang wanita telah menumpukan sepenuhnya ketaatan padanya, kadang-kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan. 

Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki 2 hingga 3 cinta dalam 1 masa. Dia berasa gah dan tahap egonya ditahap merah. Ketika itulah dia akan membuat perjudian dengan membuat pemilihan terbaik siapakah yang terbaik dan sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakan kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.


Namun sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai tetapi dia jarang menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai. Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir apabila anda telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga anda sedang bermain dengan keegoannya.

Jika harapkan perhubungan anda dengannya sentiasa mengukirkan kuntuman senyum tawa, banyak air mata anda  akan terderai sama. Hukum karma, lelaku jujur selalunya menerima nasib kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mula terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok digilai ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita jujur.



Nampaknya, hidup ini bagaikan seimbang antara lelaki dan wanita. Cinta kadang-kadang tidak berakhir dengan jambatan penghubung tetapi putus, runtuh dan musnah atau sengaja dimusnahkan oleh 1 pihak. Namun kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tetapi tatkala jambatan telah direntangkan dia goyah oleh kuatan angin. Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan tautan kedua-dua pangkal jambatan akan kekal dengan senyuman. 




P/S : Kata-kata unggul seseorang lelaki menandakan kehebatan dirinya yang sejati.             

7 comments:

  1. nice..jmput la ke blog sy juga..[ tp,yang sy punya biasa2x jew..sekdar suka-suki di kala kebosanan melanda :) ]

    ReplyDelete
  2. thanks..owh..insyaAllah..bg link blog awk..leh sy follow blog awk..leh kongsi pndpt :)

    ReplyDelete
  3. topik menarikk. sbelum sy nk brtnye pndpt, leh sy taw, awk pnah brcinte x ?

    ReplyDelete
  4. HAHA. xdepape sbenaanye.. ape yg cube dimaksudkan dgn "Hukum karma, lelaku jujur selalunya menerima nasib kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mula terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok digilai ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita jujur." hmm... sedikit musykil... bukn ke hkum karma mmbawa mksud, prbuatn baik akn di bls dgn kebaikan dan sebaliknye pulakk... ??

    ReplyDelete
  5. YUP..maknanya kat sini..hukum itu akan berbalas laa..kalau lelaki 2 jujur..pompuan y xjujur..n kalau lelaki xjujur..pompuan akan jujur..jd kesan dia sama..maknanya seimbang..sbb itu sy katakan "
    Nampaknya, hidup ini bagaikan seimbang antara lelaki dan wanita. " hukum karma..dibuat baik dibalas baik..dibuat jahat hukumnya jahat..bermakna kat sini seimbang..arap awk fhm.. :)

    ReplyDelete
  6. awk baca slow2 taw kat ayat 2..cuba fahami betul2 ayat 2...insyaAllah awk aakn fham mksud karma 2..

    ReplyDelete
  7. Love actually is manipulation of emotion to control mind. ...Tak kiralah lelaki atau pon perempuan...it's depend on individual. Who powerful means he is oppressed and managed to upset someone.Kalau semua org jujur dgn psngn mesti tak de yang kecewa.But what to do, now days people always assume that no pain means no games.Benda tu dah jadi mcm satu kebanggaan bila mengecewakan org..hurmmmmm..tak faham betol ak...

    ReplyDelete