Followers

Monday, June 13, 2011

RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI

Assalamualaikum wbt. Entri kali ni aku nak post entri yang agak serius sikit. Entri kali ni ditujukan khas kepada semua insan bernama wanita.

Wahai wanita anda adalah perhiasan . Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul, Para lelaki yang mendiami dunia ini akan ketandusan kasih. Dunia ini pasti tidak menarik untuk di diami. Bayangkan saja wahai kaum wanita jika dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan kekerasan.



"Selagi corak sayap rama-rama tidak terusik dek tangan manusia selagi itulah keindahannya terserlah. Begitulah jua dengan mahkota seorang wanita"


Wahai kaum wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam ini. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga, Maka sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman fitrah manusia tapi tidak usah memangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tafsirkan diri anda sebagaiman rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan tiada siapa akan pedulukannya lagi.

Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti akan luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang? Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat demikian. Bezanya lelaki dan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada sekelilingnya tetapi anda pasti rugi  setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Wanita anda ibarat rama-rama. Ingatlah hanya sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, jika dua kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu akan terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa mempedulikannya lagi.

Marilah kita lihat kehidupan dari sudut begini agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. Untungnya digilai dan diminati, kemudia berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar dan kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki  dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tingginya nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai "alat". Tetapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit mencari mereka. Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersilap pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu malahan mungkin 1 dalam sejuta. Sudah tentu mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah sudahannya hanya mencarca-merbakan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seseorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tidak lama ditinggalkan pergi.

Biarlah menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada menjadi sang kelkatu yang menerjah api. Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan.

P/S : Ingatlah wanita adalah perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. "Bukan aku memuji. apa lagi memuja, salahkan aku kagumi perhiasan duniawi"

5 comments:

  1. thank you yan cake..sekadar luahan seorg blogger biasa je...huhu

    ReplyDelete
  2. Anda mmg seorang yg perihatin.. romantik..

    ReplyDelete
  3. bismillah alhamdulillah......... syukran.. banyak lagi sebenarnya hikmah alam itu diciptakan kepada manusia.. ^^

    ReplyDelete