Followers

Tuesday, June 21, 2011

RASA CINTA ITU PASTI ADA WALAUPUN HANYA PADA SEEKOR BURUNG

Assalamualaikum wbt.



Entry kali ini hanya melibatkan kronologi gambar yang tersimpan berbeban makna dan pengajaran yang tersendiri. Pada mulanya, aku agak terkesima, terkejut dan sedih tatkala melihat gambar mengikut kronologi dalam google mengenai kelibat dan tindakan seekor burung jantan yang memaparkan realiti kasih-sayang dalam dunia kebinatangan bagaimana seekor burung memaparkan sifat bertanggungjawab dan memancarkan nilai berkasih dan sayang yang nampaknya semakin hari semakin gagal diserlahkan dalam realiti kehidupan manusiawi pada hari ini. Secebis coretan gambar yang akan aku paparkan nanti cukup mengundang seribu satu keinsafan dalam diri kita. Secebis coretan gambar ini tersimpan 1001 makna mengenai erti pengorbanan, kasih-sayang, sifat perikebinatangan sesama binatang. Seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua. InsyaAllah.

Kita cuba selami, kita cuba hayati, kita cuba teladani, kita cuba bermuhasabah diri, kita cuba kagumi, kita cuba..kita cuba..kita cuba gunakan pancaindera keenam iaitu mata hati dalam menilai kerana mata tidak boleh menilai kebenaran nurani kerana hanya hati yang penuh dengan cinta boleh merasakannya. Maka ketika hati penuh dengan rasa curiga mata akan menilai semua yang salah seakan - akan benar.




Seekor burung betina dalam keadaan parah dan tidak mampu terbang terhampar di jalanan


Kemudian, muncul pasangannya, si jantan memberinya makanan.



Sewaktu memberikan burung betina itu makanan yang di bawa si burung jantan, burung betina itu sudah di ambang pemisahan dunia dan alam kematian. Selang seketika si betina mati. Si burung jantan cuba mengangkat dan membangunkan burung betina itu.




Sejurus menyedari si betina sudah tidak bernyawa, perasaan hiba kelihatan di rauk wajahnya.


Si jantan seolah-olah sedang berteriak meratapi pemergian si betina.


Akhirnya, dalam kepasrahan dia seolah-olah meredhai kematian si betina dengan hanya mampu berdiri si samping si betina.

P/S : Sekadar sedikit renungan. Aku tertarik dengan serangkap dialog dalam Filem Bila Cinta Bertasbih yang dilafazkan Cinta adalah kekuatan yg mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amarah jadi ramah dan mengubah musibah jadi muhibah dan begitulah sebaliknya.

Tuesday, June 14, 2011

SERAPUH CINTA LELAKI

Assalamulaikum wbt.

Rasanya tidak adil entry yang lepas aku hanya tujukan khas kepada wanita. So, entry kali ini aku akan tujukan pula kepada sang lelaki.

Pernahkah anda lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita dan kemudiannya dia hanya menumpukan sepenuh hati dan ikhlas perasaannya dengan memelihara dan memupuk rasa cinta saban hari?

Memang dalam realiti dunia sekarang ini sukar mencari lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita. Jika adapun setelah dia merasakan cintanya telah berbalas, perasaanya mula terbelah pula pada wanita lain.

Namun anda perlu ingat, lelaki masih seorang manusia walaupun hatinya sekeras batu ianya secara tiba-tiba boleh lembut laksana kapas ketika dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah sang wanita yang terpateri di hatinya. Apabila sang lelaki telah benar-benar jatuh cinta dan akan menumpukan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang dicintainya itu malahan dia sanggup berkorban apa sahaja asalkan pilihannya itu tidak menghalang.


Realitinya lelaki jujur pada cinta pertama dan mula rasa bosan dengan permainan perasaan cinta-cintan kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cerita cinta palsu sang hawa adalah insan yang paling jujur dalam bercinta tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta..

Lelaki insan yang pelik, tidak dinafikan memiliki keperkasaan tapi tembok keperkasaannya mula runtuh apabila bersemuka dengan cinta dan tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-rayu apabila cintanya didustai.

Begitulah lelaki tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sang wanita telah menumpukan sepenuhnya ketaatan padanya, kadang-kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan. 

Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki 2 hingga 3 cinta dalam 1 masa. Dia berasa gah dan tahap egonya ditahap merah. Ketika itulah dia akan membuat perjudian dengan membuat pemilihan terbaik siapakah yang terbaik dan sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakan kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.


Namun sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai tetapi dia jarang menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai. Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir apabila anda telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga anda sedang bermain dengan keegoannya.

Jika harapkan perhubungan anda dengannya sentiasa mengukirkan kuntuman senyum tawa, banyak air mata anda  akan terderai sama. Hukum karma, lelaku jujur selalunya menerima nasib kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mula terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok digilai ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita jujur.



Nampaknya, hidup ini bagaikan seimbang antara lelaki dan wanita. Cinta kadang-kadang tidak berakhir dengan jambatan penghubung tetapi putus, runtuh dan musnah atau sengaja dimusnahkan oleh 1 pihak. Namun kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tetapi tatkala jambatan telah direntangkan dia goyah oleh kuatan angin. Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan tautan kedua-dua pangkal jambatan akan kekal dengan senyuman. 




P/S : Kata-kata unggul seseorang lelaki menandakan kehebatan dirinya yang sejati.             

Monday, June 13, 2011

RAMA-RAMA DAN CINTA LELAKI

Assalamualaikum wbt. Entri kali ni aku nak post entri yang agak serius sikit. Entri kali ni ditujukan khas kepada semua insan bernama wanita.

Wahai wanita anda adalah perhiasan . Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul, Para lelaki yang mendiami dunia ini akan ketandusan kasih. Dunia ini pasti tidak menarik untuk di diami. Bayangkan saja wahai kaum wanita jika dunia ini hanya dipenuhi kaum lelaki. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan kekerasan.



"Selagi corak sayap rama-rama tidak terusik dek tangan manusia selagi itulah keindahannya terserlah. Begitulah jua dengan mahkota seorang wanita"


Wahai kaum wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam ini. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga, Maka sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.

Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah-tengah kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman fitrah manusia tapi tidak usah memangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tafsirkan diri anda sebagaiman rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila disentuh. Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan tiada siapa akan pedulukannya lagi.

Memang ramai wanita berasa bangga apabila digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti akan luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak terasa apa-apa yang hilang? Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu dia tidak berhak berbuat demikian. Bezanya lelaki dan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada sekelilingnya tetapi anda pasti rugi  setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Wanita anda ibarat rama-rama. Ingatlah hanya sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, jika dua kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu akan terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa sesiapa mempedulikannya lagi.

Marilah kita lihat kehidupan dari sudut begini agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. Untungnya digilai dan diminati, kemudia berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar dan kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihanilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seseorang lelaki  dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tingginya nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai "alat". Tetapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit mencari mereka. Biar terlewat sebab bersikap pemilih daripada tersilap pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu malahan mungkin 1 dalam sejuta. Sudah tentu mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah sudahannya hanya mencarca-merbakan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seseorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tidak lama ditinggalkan pergi.

Biarlah menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada menjadi sang kelkatu yang menerjah api. Wahai wanita, harga diri anda, anda yang menentukan.

P/S : Ingatlah wanita adalah perhiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. "Bukan aku memuji. apa lagi memuja, salahkan aku kagumi perhiasan duniawi"

Thursday, June 9, 2011

DOA ORANG TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN (FRUST SANGAT KOT)

Nak tanya pendapat kawan2. Doa macam ni boleh ke kita memohon kepada Allah swt..?? musykil ni...Nampak macam doa orang tak boleh terima kenyataan jer..






YA ALLAH, YA TUHANKU, 


Kalau dia memang jodohku, dekatkanlah.Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah. Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami berjodoh. Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapet jodoh yang lain, selain aku.

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku, jangan sampai dia dapet jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku. Dan jika pada saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali.

Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku. Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian Jodohkan kembali si dia dengan ku.



AMIN...


P/S : TAKKAN LARI GUNUNG YANG KEJAR JIKA BENAR ALLAH TELAH TETAPKAN JODOH DENGAN ORANG YANG KITA SAYANG.

Wednesday, June 8, 2011

KENAPA CINCIN KAHWIN DIPAKAI DI JARI MANIS?

Ramai betul la orang kahwin musim sekolah ni. Sampaikan berbundle-bundle kad jemputan kahwin kat umah aku ni. Sini kenduri, sana kendara. Boleh dikatakan musim cuti sekolah ni merupakan "musim mengawan" 1 Malaysia kot..hehe..Okeylah berbalik kepada majlis perkahwinan. Korang perasan tak selepas majlis akad nikah si pasangan pengantin akan sarungkan cincin di jari pasanagan masing-masing selepas SAHnya lafaz "AKU TERIMA ..............  NIKAHNYA DENGAN MAS KAHWIN TERSEBUT" dari si mempelai lelaki. Tapi perasankan anda cincin disarung di jari manis dan kenapa tak di jari kelingking atau jari hantu? 


INI ANTARA SEBAB KENAPA CINCIN KAHWIN DIPAKAI DI JARI MANIS?




1. Tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar).


2.  Kemudian, 4 jari yang lain ditemukan hujungnya.


3.  Kemudian cuba buka ibu jari anda.


Ibu jari yang mewakili orang tua boleh dibuka kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. dan akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua.


4. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda. 


Jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda. Jari itu terbuka kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang akan terpisah dengan anda.


5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking. 


Jari yang mewakili anak-anak anda ini juga dibuka. Cepat atau lambat anak-anak juga akan membentuk keluarga dan kehidupan baru yang terpisah dengan anda.


6. Tutup jari kelingking anda. Cuba buka jari manis anda tempat di mana kita menyarung cincin perkahwinan. Peliknya jari tersebut tidak akan boleh dibuka. 


Jari manis ini mewakili suami dan isteri. selama hidup Anda dan pasangan akan terus bersama satu sama lain dalam menjalani kehidupan.


P/S : Itulah alasan cincin kahwin perlu disematkan di jari manis. Anda dan pasangan akan terus bersama selagi jari manis tidak dipisahkan dari kehidupan.

Saturday, June 4, 2011

PANTAI MERDEKA HANYA GAH PADA LAGUNYA SAHAJA



Buat julung2 kalinya aku ke Pantai Merdeka. Aku ni memang jenis hantu pantai sikit sebab aku suka sangat pergi ke pantai terutama tatkala ada masalah melanda diri ini. Tenang beb duk tepi pantai dengan anginya yang sepoi2 bahasa..deruan ombak menghempas pantai, kebiruan air laut cukup menenangkan jiwaku ini. Walaupun aku dah belajar kat kedah ni hampir setahun dah tapi tak pernah sekali habuk pun pijak lagi kaki ke Pantai Merdeka ni. Apa yang menariknya tentang pantai merdeka ni sehinggakan siap ada lagu Cinta Pantai Merdeka lagi..Mungkin namanya "Merdeka" sehinggakan ada komposer yang rasa sesuai jika alunan lagu yang diaorg buat diberi tajuk cinta Pantai Merdeka atau mungkin bait-bait lirik dalam lagu Cinta Pantai Merdeka itu sendiri kisah sebenar percintaan komposer lagu ini sendiri yang mana mungkin cintanya terlerai, hancur lebur ataupercintaan hanya mampu bertahan sehingga ke pertengahan jalan sahaja di Pantai Merdeka ni..Wahuallam, ini andaian aku saja.


So, sajalah nak cerita ni secara jujurnya Pantai Merdeka aku rasa hanya gah pada nama dan lagunya sahaja. hakikatnya bagi aku tidak apa-apa yang menarik pun di pantai merdeka ini. Pertama kali jejak kaki ke Pantai Merdeka persepsi aku tentang keindahan Pantai Merdeka silap. Air dia kotor der..xsebiru air laut di pantai-pantai kat negeri aku. Cuma dapat naik bot penambang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai agak menyeronokkan bagi aku. Biar pun rasa biasa2 je apabila sampai di Pantai Merdeka ni. Aku nak cerita juga la apa yang menarik yang sejujunya bagi aku takde langsung yang menarik di Pantai Merdeka ni. Cuma nak panjangkan entry blog je sebenarnya..huhu





KUUKIR NAMAMU
DI AWAN GUNUNG JERAI
DISAKSIKAN LAUT
DAUN NYIUR MELAMBAI























Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai 
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
























Nak ke Tanjung Dawai bot penambang ni la aku naik..satu kepala rm 2..tak kira besar kecik, tua muda..agak menyeronokan naik bot penambang ni..














Kalau ke Tanjung Dawai tak sah kalau tak pekena ikan bakar..best..!!



Haaa..ni la lagu & lirik lagu Cinta Pantai  Merdeka...Layan..........


Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai                                          
Disaksikan laut

 Daun nyiur melambai


Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai 

Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa                                          ...
Cinta kita di Pantai Merdeka...                          
Oh... oh...



Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka



Lepas dah kenyang makan baru la p shopping ikan kering, ikan pekasam, belacan dan macam2 lagi la....




SAMBIL-SAMBIL MENGHAYATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI DI PANTAI MERDEKA NI RUGI RASANYA KALAU TAK DIABADIKAN DALAM GADGET.


P/S : 
SO, secara jujurnya bagi aku Pantai Merdeka ni hanya gah pada nama dan lagunya sahaja. Tidak ada apa2 pun keistimewaan di Pantai ini. Hanya lagu yang telah mempopularkan Pantai ini.