Followers

Sunday, May 29, 2011

SIAPAKAH DIRI ANDA

Assalamualaikum,  agak lama aku xupdate post dalam ruangan zulfadli ildafluz. maklumlah sibuk bercuti malam ni baru ada sedikit ruang untuk aku selit sedikit masa untuk menulis dalam ruangan zulfadli ildafluz. Ruangan waktu cuti ni aku isikan dengan aktiviti membaca buku dan salah satu buku y sekarang ni aku baca bertajuk
"Keluarkan Singa Daripada DIRI ANDA" penulisan Haji Muhammad Zakaria salah seorang penulis buku motivasi. So..sekarang aku mahu share serba sedikit ulasan buku ini dalam bab SIAPA DIRI ANDA.



SIAPAKAH DIRI ANDA..?? kita ini sebenarnya siapa..?? Baiklah bagi menjawab persoalan ini mari kita berfikir sejenak dan kita bermuhasabah diri dalam mengukur tahap kesedaran kita mengenai keupayaan kita dengan bertanya kepada diri sendiri dengan pelbagai persoalan yang anda sendiri mengetahui dan dapat menilai berdasarkan kondisi diri anda dan mungkin inilah jawapan hasil temuramah diri anda sendiri yang pastinya tiada unsur-unsur penipuan. kenapa..?? ye la mana mungkin anda menipu diri anda sendiri kerana anda hanya berdialog dengan diri anda sendiri.


Antara contoh-contoh jawapan yang anda perolehi antaranya


:: Anda bukanlah seorang y genius dan mempunyai kelulusan y tinggi.
:: Anda juga bukanlah seorang hartawan.
:: Di samping itu anda juga bukanlah seorang y rupawan hingga menjadi siulan jejaka.
:: Atau anda bukanlah seorang y macho sehingga menjadi perhatian wanita.
:: Anda juga bukan seorang y masyhur dan ternama sentiasa meniti di bibir masyarakat.


KALAU BEGITU SIAPA ANDA?


Tahukah anda kita ialah insan y diciptakan oleh Allah swt dengan 2 kekuatan atau 2 jenis tenaga iaitu ::


1 :: AKAL YANG WARAS yakni akal y waras mampu membezakan mana y hak dan mana y batil mana y salah mana y benar, Inilah tenaga y sentiasa menyeru kepada kebaikan dan menyeru kepada keadilan. Akal y waras mempuntai sifat kedamaian, kasih-sayang, tolong menolong dan boleh dikatakan semua sifat mahmudah ditentukan oleh sifat akal y waras.


2 :: AKAL YANG MEROSAKKAN yakni akal ini tunduk kepada pengaruh nafsu semata-mata dan naluri mazmumah seperti bangga diri, menikam kawan dari belakang, menindas, gila seks dan pelbagai lagi perbuatan negetaif y lain.




JADI SIAPA KITA?


 Kita adalah khalifah yang dijadikan oleh Allah swt untuk mentadbir muka bumi ini dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan tenaga yang pertama iaitu AKAL YANG WARAS supaya dunia dapat ditadbir dengan aman,makmur serta dipenuhi insan berperikemanusian dengan berpegang teguh kepada agama Islam.


Al-Junid al-Baghdadi pernah berkata ::


"Orang yang berakal sihat itu ialah mereka yang menyelidiki sesuatu sebelum bertindak. Mereka mencari yang lebih utama untuk dikerjakan dan mendahulukan daripada yang lain. Mereka selalu mengikut petunjuk Allah swt dan Rasulullah saw dalam membezakan apa yang berguna atau mudarat baginya di dunia dan di akhirat"


DIRI ANDA SEKARANG


Anda berasa diri anda belum begitu berjaya dalam hidup?
Anda ialah diri anda sekarang yakni seorang y biasa-biasa sahaja.
TAPI tahukah anda bahawa anda sebenarnya SANGAT MAMPU untuk menjadi orang yang PASTI BERJAYA dalam hidup?


                                                   TAPI BAGAIMANA?


Kenapa anda masih berada di takuk sekarang. TEROPONGLAH ke dalam diri anda...Anda sering meneropong jauh ke hadapan tetapi sedarkah anda, anda sering lupa meneropong ke dalam diri anda.




P/S :: Satu minda yang bernas lebih baik daripada seratus tangan yang kuat.

No comments:

Post a Comment