Followers

Tuesday, May 17, 2011

BIARLAH AKU BERMATA PANDA ASALKAN AKU DAPAT MENGEMBIRAKANMU

DAH hampir 2 minggu waktu tidurku hanya 2jam sahaja..nampak gayanya aku dah BERMATA PANDA sekarang ni...Esok malam exam TITAS pulak..marathon la sikit nak perabis bab..adooiii...kelmarin dulu lagi seksa..2 paper dalam sehari..pagi paper modern world history petang pulak paper principle of management..xtido malam aku nak cover semua bab dan paper y paling aku takut baru ni paper management lah..walaupun paper ni paper objektif je..tp aku paling lemah dlm paper ni..bayangkanlah terpaksa belajar 19 silibus..pas2 nak kena hafal lagi teori2 pengurusan dalam 2..nama tokoh lagi..adooiii...mana mungkin dalam 1 minggu boleh perabiskan semua bab ni..dan untuk semester ni management mmg paper killer aku...


Apa yang aku harapkan aku hanya tawakal kepada y Maha Esa..moga xrepeat paper tu untuk semester depan..aku memang xletakkan harapan yang tinggi untuk paper killer dan gila nie..macamna aku nak maintain pointer macam sem lepas ni..kalau boleh nak lagi tinggi dari semester lepas..up sikit lagi biar 1st class..nampaknya harapan macam tinggal harapan..tapi InsyaAllah berkat usaha,doa dan tawakalku kepadamu ya Rabbi...KAU akan permudahkan segala urusan pembelajaranku ini..InsyaAllah..


Masuk hari ni dah 2 minggu tidur aku hanya bersarapan 2 jam je..mata aku ni dah jadi macam MATA PANDA dah..kalau la berterusan macamni mati la aku...aku terpaksa bersengkang mata seminggu lagi sebelum abis semua paper final semester aku....dah xterdaya rasanya nak tanggung nie semua..tapi apakan daya..bila teringat kembali MAK DAN AYAH kat kampung..biarlah aku berkorban masa, tenaga dan tidur sikit demi melihat mak ayah aku tersenyum dengan segulung ijazah anak dia ni..dan insyaAllah..jika ada rezeki lebih..akan aku capai gelaran doktor falsafah sebelum umurku 30 tahun..


Aku tahu mereka letakkan harapan yang tinggi kat aku..mereka sudah banyak berkorban masa, tenaga, wang untuk aku..dari kecil sehinggalah besar macamni..kadang2 2 nak mintak duit dengan diaorg dah mula rasa malu & segan..ye lah..dah besar panjang tapi still bergantung kat mak dan ayah..aku cuma mengharapkan Allah SWT memberi aku peluang untuk aku menebus kembali pengorbanan mereka..biarlah mereka sempat melihat kejayaanku..dan aku ingin membalas kembali jasa mereka kepadaku...



" MAK DAN AYAH...ANAKMU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MENGGEMBIRAKAN HATI MAK DAN AYAH DAN BERHARAP SANGAT DAPAT MEMBALAS JASA MAK DAN AYAH "
Walaupun semester ini banyak sangat dugaan yang melanda anakmu ini dari awal semester sehinggalah akhir semester ini..anakanda dah tak nak pedulikan 2 semua..sangat bertuah dapat ibubapa macam MAK DAN AYAH kerana memahami jiwa anakanda...bertuah sangat2..:)

"BIARLAH AKU BERMATA PANDA ASALKAN AKU DAPAT MENGEMBIRAKANMU"

No comments:

Post a Comment