Followers

Sunday, May 29, 2011

SIAPAKAH DIRI ANDA

Assalamualaikum,  agak lama aku xupdate post dalam ruangan zulfadli ildafluz. maklumlah sibuk bercuti malam ni baru ada sedikit ruang untuk aku selit sedikit masa untuk menulis dalam ruangan zulfadli ildafluz. Ruangan waktu cuti ni aku isikan dengan aktiviti membaca buku dan salah satu buku y sekarang ni aku baca bertajuk
"Keluarkan Singa Daripada DIRI ANDA" penulisan Haji Muhammad Zakaria salah seorang penulis buku motivasi. So..sekarang aku mahu share serba sedikit ulasan buku ini dalam bab SIAPA DIRI ANDA.



SIAPAKAH DIRI ANDA..?? kita ini sebenarnya siapa..?? Baiklah bagi menjawab persoalan ini mari kita berfikir sejenak dan kita bermuhasabah diri dalam mengukur tahap kesedaran kita mengenai keupayaan kita dengan bertanya kepada diri sendiri dengan pelbagai persoalan yang anda sendiri mengetahui dan dapat menilai berdasarkan kondisi diri anda dan mungkin inilah jawapan hasil temuramah diri anda sendiri yang pastinya tiada unsur-unsur penipuan. kenapa..?? ye la mana mungkin anda menipu diri anda sendiri kerana anda hanya berdialog dengan diri anda sendiri.


Antara contoh-contoh jawapan yang anda perolehi antaranya


:: Anda bukanlah seorang y genius dan mempunyai kelulusan y tinggi.
:: Anda juga bukanlah seorang hartawan.
:: Di samping itu anda juga bukanlah seorang y rupawan hingga menjadi siulan jejaka.
:: Atau anda bukanlah seorang y macho sehingga menjadi perhatian wanita.
:: Anda juga bukan seorang y masyhur dan ternama sentiasa meniti di bibir masyarakat.


KALAU BEGITU SIAPA ANDA?


Tahukah anda kita ialah insan y diciptakan oleh Allah swt dengan 2 kekuatan atau 2 jenis tenaga iaitu ::


1 :: AKAL YANG WARAS yakni akal y waras mampu membezakan mana y hak dan mana y batil mana y salah mana y benar, Inilah tenaga y sentiasa menyeru kepada kebaikan dan menyeru kepada keadilan. Akal y waras mempuntai sifat kedamaian, kasih-sayang, tolong menolong dan boleh dikatakan semua sifat mahmudah ditentukan oleh sifat akal y waras.


2 :: AKAL YANG MEROSAKKAN yakni akal ini tunduk kepada pengaruh nafsu semata-mata dan naluri mazmumah seperti bangga diri, menikam kawan dari belakang, menindas, gila seks dan pelbagai lagi perbuatan negetaif y lain.




JADI SIAPA KITA?


 Kita adalah khalifah yang dijadikan oleh Allah swt untuk mentadbir muka bumi ini dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan tenaga yang pertama iaitu AKAL YANG WARAS supaya dunia dapat ditadbir dengan aman,makmur serta dipenuhi insan berperikemanusian dengan berpegang teguh kepada agama Islam.


Al-Junid al-Baghdadi pernah berkata ::


"Orang yang berakal sihat itu ialah mereka yang menyelidiki sesuatu sebelum bertindak. Mereka mencari yang lebih utama untuk dikerjakan dan mendahulukan daripada yang lain. Mereka selalu mengikut petunjuk Allah swt dan Rasulullah saw dalam membezakan apa yang berguna atau mudarat baginya di dunia dan di akhirat"


DIRI ANDA SEKARANG


Anda berasa diri anda belum begitu berjaya dalam hidup?
Anda ialah diri anda sekarang yakni seorang y biasa-biasa sahaja.
TAPI tahukah anda bahawa anda sebenarnya SANGAT MAMPU untuk menjadi orang yang PASTI BERJAYA dalam hidup?


                                                   TAPI BAGAIMANA?


Kenapa anda masih berada di takuk sekarang. TEROPONGLAH ke dalam diri anda...Anda sering meneropong jauh ke hadapan tetapi sedarkah anda, anda sering lupa meneropong ke dalam diri anda.




P/S :: Satu minda yang bernas lebih baik daripada seratus tangan yang kuat.

Wednesday, May 18, 2011

HUBUNGKAIT ORANG FRUST BERCINTA DENGAN LAGU JIWANG



PERNAHKAN ANDA GAGAL?


PERNAHKAH ANDA KECEWA?


RASAKAN SAKITNYA?


RASAKAN PEDIHNYA?


Tiba2 malam ni rasa nak post yang jiwang2 pulak..bosan memaksaku memutarkan alunan lagu jiwang..mungkin betul kadang2 2 kita dengar lagu jiwang dapat sedikit ketenangan (sebenarnya dengar alunan Al-Quran & zikir lagi menenangkan jiwa)..lepas balik exam tetiba je malam ni rasa nak rotate semua lagu jiwang y ada dalam winamp ni..nak legakan kepala otak ni..maklumlah baru balik exam..soalan pun agak gila babi jugak tadi..sambil putarkan lagu2 jiwang ni sambil melalak sekali...

Okey..berbalik kepada lagu jiwang terutamanya lagu akhir 80-an dan awal 90-an..kadang2 lagu ni macam ceritakan sejarah perjalanan hidup kita kan..? terutamanya kisah-kisah cinta laa..lagu macam kumpulan Mega, Exist, BPR, Sting, Scoin, Scan memang tangkap leleh la..kadang-kadang sampai ada yang meleleh air mata bila dengar lagu kenangan zaman cintan-cintun y berakhir dengan perpisahan..bagi y berjaya melayari bahtera perkahwinan 2 alhamdulillah lah..tp bagi kami y percintaan hanya mampu sampai sekerap jalan je ni..kadang2 bila dengar lagu jiwang2 ni boleh tambahkan kepedihan di hati bila terkenang balik kenangan2 manis kita bercinta..Aku nak share sikit lagu yang paling aku xboleh dengar dan bila dengar je kenangan lalu pasi kembali berputar kembali...aku sebenarnya ada 3 buah lagu y aku xboleh dengar..


1. Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta : Spring
2. Sayang : Ajai ft Marsha
3. Disaat Aku Mencintaimu : Dadali Band

Bila aku dengar lagu2 ni hati jadi xkeruan..teringat nostalgia percintaan y bermusim lamanya namun berakhir dengan perpisahan yang terpaksa..KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA....apa boleh buat..tanpa restu ibubapa xmungkin sebuah ikatan cinta itu akan bahagia..

kerana Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Walaupun pahit terpaksalah kami telan..tapi insyaAllah PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA..yang aku agak frust menonggeng masa 2..sbb aku dah bermusim menyemai cinta bersama dia..nak lupakan sekelip mata 2 mmg teramatlah sukar.....ibarat bait2 lagu MEMORI BERKASIH Arwah Achik Spin dan Nana "BERMUSIM KITA BERSAMA, MENYEMAI IKATAN CINTA, XMUNGKIN KASIHKU HILANG, KUKUNCI HATI UNTUKMU" susahkan nak lupa orang yang kita sayang..namun kita harus akui..jodoh pertemuan ditangan ALLAH..kita hanya merancang ALLAH jua yang menentukannya...namun Alhamdulillah kini aku sedar..xde gunanya mengenang kembali barang yang lepas....

2 kali aku gagal bercinta bukan bererti aku gagal untuk selama2nya..InsyaAllah akan ada jodohku dengan seorang insan Muslimah dan Solehah bakal menjadi permaisuri hatiku...Aku tertarik dengan bait2 lirik lagu ANUGERAH DARI KEGAGALAN dari Dato' Shake : 

DARI KEGAGALAN SATU PERCINTAAN KUALAMI...
PENDERITAAN, KESENGSARAAN, KEBATINAN...
TAPI DI SEBALIK SEMUA KEPAHITAN
TERSEMBUNYI KEINSAFAN DAN PENGERTIAN YANG AMAT DALAM...


TERBUKTI KEGAGALAN BUKANLAH SATU KEHANCURAN...
DENGAN ANUGERAH NIKMAT DAN HIKMAT KEHIDUPAN...
AKU PELAJARI MENGENALI DIRI...
DAN SIAPA KITA YANG SEBENARNYA DI BUMI TUHAN...



P/S : SECARA TEORINYA ORANG YANG FRUST TRAUMA BILA DENGAR LAGU-LAGU JIWANG....hehehe :D

Tuesday, May 17, 2011

BIARLAH AKU BERMATA PANDA ASALKAN AKU DAPAT MENGEMBIRAKANMU

DAH hampir 2 minggu waktu tidurku hanya 2jam sahaja..nampak gayanya aku dah BERMATA PANDA sekarang ni...Esok malam exam TITAS pulak..marathon la sikit nak perabis bab..adooiii...kelmarin dulu lagi seksa..2 paper dalam sehari..pagi paper modern world history petang pulak paper principle of management..xtido malam aku nak cover semua bab dan paper y paling aku takut baru ni paper management lah..walaupun paper ni paper objektif je..tp aku paling lemah dlm paper ni..bayangkanlah terpaksa belajar 19 silibus..pas2 nak kena hafal lagi teori2 pengurusan dalam 2..nama tokoh lagi..adooiii...mana mungkin dalam 1 minggu boleh perabiskan semua bab ni..dan untuk semester ni management mmg paper killer aku...


Apa yang aku harapkan aku hanya tawakal kepada y Maha Esa..moga xrepeat paper tu untuk semester depan..aku memang xletakkan harapan yang tinggi untuk paper killer dan gila nie..macamna aku nak maintain pointer macam sem lepas ni..kalau boleh nak lagi tinggi dari semester lepas..up sikit lagi biar 1st class..nampaknya harapan macam tinggal harapan..tapi InsyaAllah berkat usaha,doa dan tawakalku kepadamu ya Rabbi...KAU akan permudahkan segala urusan pembelajaranku ini..InsyaAllah..


Masuk hari ni dah 2 minggu tidur aku hanya bersarapan 2 jam je..mata aku ni dah jadi macam MATA PANDA dah..kalau la berterusan macamni mati la aku...aku terpaksa bersengkang mata seminggu lagi sebelum abis semua paper final semester aku....dah xterdaya rasanya nak tanggung nie semua..tapi apakan daya..bila teringat kembali MAK DAN AYAH kat kampung..biarlah aku berkorban masa, tenaga dan tidur sikit demi melihat mak ayah aku tersenyum dengan segulung ijazah anak dia ni..dan insyaAllah..jika ada rezeki lebih..akan aku capai gelaran doktor falsafah sebelum umurku 30 tahun..


Aku tahu mereka letakkan harapan yang tinggi kat aku..mereka sudah banyak berkorban masa, tenaga, wang untuk aku..dari kecil sehinggalah besar macamni..kadang2 2 nak mintak duit dengan diaorg dah mula rasa malu & segan..ye lah..dah besar panjang tapi still bergantung kat mak dan ayah..aku cuma mengharapkan Allah SWT memberi aku peluang untuk aku menebus kembali pengorbanan mereka..biarlah mereka sempat melihat kejayaanku..dan aku ingin membalas kembali jasa mereka kepadaku...



" MAK DAN AYAH...ANAKMU AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MENGGEMBIRAKAN HATI MAK DAN AYAH DAN BERHARAP SANGAT DAPAT MEMBALAS JASA MAK DAN AYAH "
Walaupun semester ini banyak sangat dugaan yang melanda anakmu ini dari awal semester sehinggalah akhir semester ini..anakanda dah tak nak pedulikan 2 semua..sangat bertuah dapat ibubapa macam MAK DAN AYAH kerana memahami jiwa anakanda...bertuah sangat2..:)

"BIARLAH AKU BERMATA PANDA ASALKAN AKU DAPAT MENGEMBIRAKANMU"

Saturday, May 14, 2011

ADA APA DENGAN CINTA..???

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu


Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk



Pergghh..dasat...lirik lagu Melly Goeslow ni...ADA APA DENGAN CINTA..??? mcm lirik lagu  kat atas kot apa y ada dalam cinta nie..."ANDAI LANGIT TERBELAH DUA, BIAR KITA TETAP SALING BERPELUK"  oittt..2 dah mcm nak serahkan jiwa dan raga je nak peluk2 nie..tapi 2 semua mungkin cinta sesama manusia..kadangkala cinta atas dasar nafsu semata-mata..sebab tu kadangkala kita rasa sangat happy..rasa sangat bahagia bila memperolehi sesuatu cinta dari seorang insan yang kita sayangi.....namun kadangkala ia boleh juga membawa petaka..dan ada y lagi hebat sanggup berkorban jiwa dan raga hanya kerana ingin buktikan labang cintaku padamu..HEBAT !!!!..dari bahagia kita beroleh kesengsaraan akibat cinta yang dibina terputus di tengah jalan..korang pernah alami tak..?? aku pun pernah alami jugak..agak frust menonggeng kan..?? tp bila fikir2 balik bodohnya kan mengharapkan benda yang xpasti..tak pasal2 jadi macam "PUNGGUK RINDUKAN BULAN"...


"KUSANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI"


Tu lah antara pepatah2 melayu lama y boleh kita kaitkan dalam isu percintaan nie...kita sering mempersoalkan kenapa selepas "ALLAH KURNIAKAN SATU PELANGI YANG INDAH KENAPA DIA KURNIAKAN KITA PETIR DAN GURUH".. haaaa...tu lah silapnya kita...kita ni sebenarnya siapa nak mempersoalkan takdir y sudah Allah SWT tetapkan..xmalu ke..dah la hanya jadi hamba..lepas 2 nak persoal balik nasib yang menimpa diri..tu bukan jalan penyelesaiannya dengan mempersoalkan tuhan atas apa y berlaku dalam diri kita...seharusnya jika kita ditimpa sesuatu permasalahan..kerumitan dalam hidup..anggaplah itu dugaan daripada Allah SWT..


Allah hanya ingin menguji kita sejauh mana keimanan kita kepadaNya..jadi umat Islam dikurniakan dengan 1 senjata y xterlawan oleh senjata paling canggih dan moden pada zaman ini..iaitu DOA...memohonlah dengan sesungguhnya kpd Allah SWT agar Allah kurniakan kepada kita jodoh yang terbaik kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui....kerana "DOA MERUPAKAN SENJATA ORANG MUKMIN"






 “Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang yanag menyombongkan diri dari berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”  (Ayat 60 surah Ghafir (al-mukminin)


Jadi jika anda tidak mahu dikecewakan bercinta dengan sesama manusia..sama2lah kita bercinta dengan Allah kerana cinta kepada Allah merupakan cinta y hakiki..


Firman Allah s.w.t.: “Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengangkat tandingan tandingan selain Allah, mereka mencintaiNya sebagaimana mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (Surah  Al Baqarah, Ayat 65)



Dan apa yang aku doakan dan mengharapkan dariMU YA ALLAH :


Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata


Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan

Wednesday, May 11, 2011

SPESIS ULAR SENDUK

Dah pukul 5 pagi rupanya..xsedar..maklumlah khusyuk sangat study subjek international relation...lusa final exam sbb 2 la buat2 rajin study awal2 pagi..huhu..nak tido..tapi mata still kebal....sah..!!!!!  dah xboleh tido mlm nie..adoooiiii...esok mula la bangun matahari dah terpacak..ok lah..disebabkan xleh tidoq n dah xtaw nak buat apa..aku nak post 1 isu...aku nk post pasal isu ULAR SENDUK...eh..apa plak ni nak post pasal ular la pulak ni...sabaq..biar cheq abis post dulu....

okeylah...Al-kisah..maka tersebutlah kisah...aku kalau sesuatu benda 2 aku xberkenang atau naik menyampah n meluat aku tgok..aku akan reka satu istilah khusus sendiri...org lain xfaham xpe..asalkan aku faham..hehehe.. !!!!


Okeylah..berbalik kpd isu ULAR SENDUK y nak aku cite ni..aku tengok saban hari di kampus aku ni semakin menjadi2 spesis ULAR SENDUK nie..tapi y herannya jantina ular jenis nie semua perempuan bukan betina taw...sehinggakan kadang2 2 aku geleng kepala bila tengok spesis ULAR ni semakin beranak-pinak..musim mengawan ULAR SENDUK kot musim ni...dah naik berbulu mata aku nie bila spesis ULAR ni bercambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...


Korang jangan salah faham...y aku maksudkan spesis ULAR SENDUK tu bukannya spesis ULAR betul2..y aku maksudkan sebenarnya mcm gambar kat bawah ni......


KAK HELIZA PINJAM GAMBAR SAT NA......


INI LA SPESIS ULAR TEDUNG YANG AKU CAKAP 2..ADA MCM ULAR SENDUK X SPESIS FESYEN TUDUNG MCMNI..??? MENGERBANG X MCM ULAR SENDUK TENGAH MARAH...?? huhuhu :D



DAN KITA BANDING PULAK DENGAN ULAR SENDUK YANG TENGAH MENGERBANG NI...??? ADA SAMA X DGN FESYEN TUDUNG KAT ATAS TU..?? SAMA KAN..?? hehehe...

Aku sbg lelaki kdg 2 rasa mcm ada benda xkena je dgn fesyen tudung wanita Melayu beragama Islam sekarang ni..okeylah..kalu nak bertudung cara ni boleh...tapi tutuplah perhiasan anda y wajib ditutup..biarlah labuh melepasi paras dada anda...dan berpakaian longgar...bukan ketat gelemat (slang ganu)..aku tgok pun seksa...


TAPI NASIB BAIK LA FESYEN MACAMNI XDE LAGI KAT MALAYSIA....KALAU ADA MAHU AKU TERGELAK BESAR...hahahahaa :D


Ni pulak kalau ada kat Malaysia fesyen bertudung macamni aku panggil fesyen bertudung Iguana...hahaha..lawak betul laa...
















" ...Sejujurnya saya suka melihat wanita cantik, namun saya lebih kagum melihat wanita cantik yang menyembunyikan kecantikkannya dari pandangan ajnabi..sungguh dia adalah TUAN kepada NAFSUnya..."


JADI......


















.BERPAKAIANLAH MENURUT SYARIAT ISLAM..KERANA INGATLAH "SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

Jadi bersesuaianlah dengan firman Allah SWT : Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31).


P/S : ALHAMDULILLAH DAH SUBUH..AKU MASIH BERNYAWA DI BUMI ALLAH INI..NAK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA ALLAH DAHULU..ASSALAMUALAIKUM :)

Monday, May 9, 2011

salam perkenalan

assalamualaikum...dah lama aku xmain post mengepost dlm blog ni..sejak blog aku kena hentam dgn org y saja nak sabotaj aku guna psikologi..kenapa blog aku kena hentam..siap post dlm facebook lagi kutuk2 blog aku..kalau nak memerli 2 biar la straight to the point..jgn la nak berkias pulak..korang berkias pun aku tahu kat siapa korang tujukan..eh..kenapa diaorg hentam penulisan blog aku..?? ok laa..aku cite la sikit..al-maklumlah blog aku ni penulisan dia agak berat dan serius untuk dibincangkan..mungkin diaorg xde modal nak post komen dlm blog aku..sebab 2 diaorg kutuk-kutuk belakang aku...blog aku ni aku kupas pasal isu2 semasa politik dunia..ye laa..sbb politik kat malaysia dah jelak..dah nak muntah aku bila baca isu politik kat malaysia..terlalu murahan dgn lancarkan propaganda entah apa2..so aku mls la nak bincangkan isu politik kat malaysia ni..silap2 haribulan AUKU aku kena kalau tersilap gaya penulisan aku y mungkin agak ekstream..jadi jln lebih selamat..aku post la isu pasal mavi marmara..isu di ivory coast..isu di myammar n bla...blaa...blaa.........

"apa la blog ko ni..dah xde benda lain nak post ke..??..mcm la bagus sgt post2 benda ni semua..penulisan blog jgn la serius sgt..naik menyampah aku baca"..

tu la antara kata2 y agak menguris sanubariku..agak kecewa sebenarnya dgn sikap kwn y mcmni..bukan nak support..makin menyepak aku ada la..kurang asam punya kawan...aku bukannya apa buat penulisan blog aku mcm 2..aku nak skop pemikiran kita ke arah pemikiran global..ceewaahhh (jgn muntah pulak) xde la pemikiran kita bergerak dlm kepompong yang sama je..aku niat just nak sebarkan input y berguna je..sambil aku online sambil aku sebarkan ilmu..bukan senang aku nak siapkan 1 isu dunia y complete untuk aku post dlm blog aku..atleast mkn masa 1 minggu..ye la..kita nak cajkap berdasarkan fakta perlulah rujuk buku, internet, jurnal n mcm2 lagi..nak kumpul bahan mcm nak buat assignment dah aku bila ada isu y nak aku bincangkan dlm blog aku..diaorang senang2 je kutuk..saja nak jatuhkan maruah aku..

makan masa y agak panjang jugak aku nak create my new blog generation..maklumlah sibuk dgn assignment lagi..nak post isu dlm blog lagi..xde masa sgt nak post..blog ni pun dlm sebulan 1-2 isu je y mampu aku post..mungkin disebabkan kekangan masa jugak aku ubah fikiran tuk ubah tema penulisan blog aku..ye laa..mcm aku cakap tadi laa..1 post mkn masa seminggu...mana nak siapkan assignment lagi..so setelah aku fikir masak2 benda y aku buat ramai org xsuka..so skrg aku lebih kepada penulisan blog isu y lebih santai..dgn cara ni jugak..aku boleh post apa y terlintas dlm fikiran on the spot..so xyah la duk cari2 bahan nak post isu y agak serius tuk dibincangkan....

p/s malas dah nak membebel panjang2..mlm ni ada final exam paper first pulak 2..nak study plak.. :)